PERTUBUHAN ALUMNI MA'AHAD AL-EHYA ASSHARIFF GUNUNG SEMANGGOL PERAK
No Pendaftaran ROS : PPM-011-08-25092020
(60) 1116667320
[email protected]
Alumni

Info Alumni

 

Pertubuhan Alumni Ehya As- Shariff ini merupakan kesinambungan dari beberapa organisasi yang tergantung dan terkubur sebelum ini.

Antara organisasi yang cuba untuk menghimpunkan semula alumni generasi rabbani MEA di era millenium ini adalah seperti EMASA dan disusuli PERSATUAN ALUMNI AL-EHYA ASSHARIFF GUNUNG SEMANGGOL PERAK pada tahun 2015. Ia telah dibatalkan kerana tidak dapat meneruskan segala agenda dan pengaktifannya.

Pengaktifan sesuatu organisasi adalah satu cabaran yang utama buat para penggerak organisasi.

Oleh yang demikian, pertubuhan ini ingin mengajak kepada semua alumni generasi rabbani MEA untuk turut sama bergandingan bahu. Kerjasama yg terbina mampu memastikan Pertubuhan Alumni Ehya As-Sharif yang ditubuhkan ini ke arah merealisasikan sambutan institusi pendidikan terulung pra kemerdekaan negara menuju 100 tahun.

Para Hubaya-Dangerous From Mountain- iaitu alumni generasi rabbani MEA perlu disatukan ke dalam pertubuhan ini.

Moga kalam hikmah dari Saidina Umar ibn Al-Khattab ini boleh dijadikan panduan bersama:

لا اسلام إلا بالقوة
ولا قوة إلا بالجماعة
ولا جماعة إلا بالإمامة
ولا إمامة إلا بالطاعة
ولا طاعة إلا فى طاعة الله...

Tiadalah kemajuan Islam tanpa adanya kekuatan.

Tiadalah kekuatan itu tanpa adanya jemaah (organisasi).

Tiadalah jemaah (organisasi) itu tanpa adanya pemimpin (ketua/kordinator).

Tiadalah pemimpin itu tanpa adanya ketaatan dari anggotanya.

Dan tiadalah wajib ketaatan pada pemimpin itu selama ia tidak melanggar rambu-rambu agama Allah.

Moga pertubuhan ini mampu mengharungi dan menongkah cabaran. Doa kalian amatlah diperlukan.

PERTUBUHAN ALUMNI MA'AHAD AL-EHYA ASSHARIF GUNUNG SEMANGGOL PERAK

No Pendaftaran : PPM-011-08-25092020
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram