PERTUBUHAN ALUMNI MA'AHAD AL-EHYA ASSHARIFF GUNUNG SEMANGGOL PERAK
No Pendaftaran ROS : PPM-011-08-25092020
(60) 1116667320
[email protected]


Agenda menabur bakti kepada sekolah dapat direalisasikan.

Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ke atas keluarga Baginda, para sahabat, Tabi’-Tabi’in dan seluruh umat Islam seluruh dunia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, Allah pertemukan kita di atas nama Pertubuhan Alumni Ma’ahad Al-Ehya AsShariff.

Sesungguhnya Pertubuhan Alumni Ma’ahad Al-Ehya AsShariff ini bukanlah pertubuhan yang pertama di Ma’ahad Al-Ehya AsShariff ini, sebelumnya telah ada pertubuhan sedemikian. Namun kerana beberapa faktor, pertubuhan sebelum ini mengalami pasang surutnya sehinggakan kesemua pertubuhan sedia ada telah tidak wujud.

Rentetan itu, atas semangat cintakan Ma’ahad Al-Ehya AsShariff dan juga ingin menabur bakti pasca alam persekolahan. Maka pihak kami mengambil inisiatif menubuhkan pertubuhan ini agar agenda menabur bakti kepada sekolah dapat direalisasikan.

Alhamdulillah, Pertubuhan ini juga mendapat sokongan dan dokongan dari Pihak Ma’ahad Al-Ehya AsShariff khususnya Pengetua iaitu Ustaz Ahmad Jahid Mamduh bin Shahar Murshid, sesungguhnya dengan sokongan dan dokongan ini memberi lebih keyakinan kepada pihak kami untuk terus berganding bahu dengan pihak Ma’ahad.

Akhirnya Pertubuhan ini mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan daripada bekas-bekas pelajar Ma’ahad khususnya, tenaga pengajar dan bekas tenaga pengajar serta pelajar sedia ada agar usaha Mendidik Generasi Rabbani yang dicitakan oleh Al-Marhum Ustaz Abu Bakaq Al-Baqir ini tercapai.

Mohd Kahar Shamsudin Tahir

Pengerusi Pertubuhan Alumni Ma’ahad Al-Ehya AsShariff

PERTUBUHAN ALUMNI MA'AHAD AL-EHYA ASSHARIF GUNUNG SEMANGGOL PERAK

No Pendaftaran : PPM-011-08-25092020
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram